KANAK-KANAK yang tidak memperoleh tidur yang mencukupi lebih cenderung menjadi terlalu letih sepanjang hari dan kerap mengantuk. Dalam sesetengah kes, mereka juga kerap menukar lokasi tidur pada waktu malam atau mempunyai lebih banyak masalah tidur. Berikut petua untuk menidurkan anak.
Pastikan anak memperoleh tidur yang mencukupi
Berdasarkan Yayasan Tidur Kebangsaan Kanada, setiap bayi memerlukan 14 hingga 15 jam untuk tidur pada setiap hari. Kanak-kanak pula memerlukan tidur selama 12 hingga 14 jam sehari manakala pelajar pra-sekolah memerlukan 11 hingga 13 jam sehari bagi membolehkan tubuh mereka berfungsi dengan baik.
Tidurkan waktu dia mengantuk
Sebaik-baiknya rutin tidur bayi anda patut bertahan selama 30 hingga 60 minit bagi setiap kali tidur manakala bagi kanak-kanak yang sudah memasuki alam persekolahan pula, rutinnya adalah di antara 20 hingga 30 minit.
Cahaya mentari sebagai loceng
Cahaya mentari memainkan peranan yang penting untuk membetulkan pola harian tidur si anak. Pendedahan anak kepada sinar matahari sebaik sahaja dia terjaga dari tidur boleh memberinya petanda natural bahawa hari sudah siang.
Persekitaran tidur selesa
Ini bermakna persekitaran tidur yang baik adalah dingin, gelap, senyap dan selesa. Pastikan juga si kecil tidur di atas tilam yang selesa dan memakai baju tidur yang tidak menganggunya sepanjang waktu tidur.
Persekitaran yang selamat
Periksa bilik tidur anak terlebih dahulu dan pastikan bilik tidurnya bebas daripada barangan yang bersepah sehingga menganggu keselesaan untuk tidur.
Ajar anak cara tidurkan dirinya
Teruskan mendidik anak tentang kepentingan mempunyai rutin tidur yang menenangkan. Berikan juga tumpuan kepada kesan berkaitan tidur yang mungkin mempengaruhi tabiat tidur anak anda. Galakkan anak belajar menenangkan diri sekiranya terjaga pada waktu tengah malam. Kira-kira satu pertiga daripada kanak-kanak yang sudah bersekolah masih memerlukan bantuan ibu bapa untuk kembali kepada tidur setelah terjaga.
Tetapkan rutin tidur
Waktu tidur untuk si kecil atau kanak-kanak yang sudah memasuki alam persekolahan sepatutnya bermula antara pukul 6.30 petang hingga 7.30 malam. Namun, dalam sesetengah kes istimewa seperti jika terdapat majlis khas, elakkan daripada membiarkan anak tidur lewat terlalu kerap. Ini bagi mengelakkan pola aktiviti harian mereka terjejas.
Jangan abaikan tidur petang
Apabila anak anda tidak lagi mengamalkan tabiat tidur petang, anda boleh menggalakkannya menggantikan tabiat tersebut dengan masa untuk bersantai. Dengan ini, masa santai itu bukan sahaja memanfaatkan si anak malahan anda berdua.
Makanan yang betul
Jika anda menghidangkan makanan berkarbohidrat kompleks bersama protein, anda sebenarnya memberi anak anda snek yang dibekalkan dengan 'kuasa' berpanjangan.
Ini akan mengelakkannya daripada terjaga pada bila-bila masa. Berbeza dengan makanan kaya protein atau gula, tenaga yang diperoleh daripada makanan-makanan ini akan menyukarkan rutin tidurnya daripada berjalan lancar. Seperkara yang perlu diingati ialah perhatikan waktu pengambilan hidangan berat agar tidak terlalu dekat dengan waktu tidur.
Aktiviti fizikal penggalak tidur
Wujudkan peluang untuk anak anda melakukan aktiviti fizikal pada siang hari agar dia dapat tidur lena pada sebelah malam. Berikan peluang kepada bayi anda untuk melakukan sedikit senaman ringan di atas lantai, misalnya merangkak.
Gangguan teknologi
Gajet seperti komputer mahupun televisyen boleh menganggu ketenteraman sebelum masuk tidur. Jadi, elakkan anak-anak terlalu terpengaruh kepada aktiviti gajet.
# Secara umumnya, bayi baru lahir tidur antara lapan hingga sembilan jam pada waktu siang dan lapan jam pada waktu malam.
# Kebanyakan bayi tidak tidur terus (enam hingga lapan jam) pada waktu malam sehingga mereka berumur tiga bulan.
# Walaupun bayi memerlukan tidur yang banyak, satu perkara perlu diberi perhatian iaitu dalam usia lima hingga enam minggu pertama, jangan biarkan si kecil tidur melebihi lima jam.
# Jika bayi tidur melebihi lima jam, kejutkan untuk diberi susu. Bayi yang lahir tidak cukup bulan perlu diberi perhatian lebih kerana sesetengahnya memerlukan penyusuan lebih kerap. Usah teragak-agak untuk mengejutkannya daripada tidur kerana mereka perlu diberi susu.
# Bayi tidak dapat menentukan waktu tidur dan bangun mereka. Bagaimanapun, ibu bapa boleh membantu mereka tidur dengan mengenal pasti bila si kecil mengantuk, mengajarnya tidur sendiri dan menyediakan persekitaran sesuai, selesa serta selamat untuk tidur.
# Otak bayi mengambil masa beberapa minggu untuk menerima isyarat perbezaan antara siang dan malam. Malangnya, sehingga kini tiada cara untuk mempercepatkan penerimaan isyarat itu melainkan membentuk rutin tidur secara konsisten.
Cara Lain membantu bayi untuk tidur
# Bukan semua bayi tahu tidur sendiri. Apabila sampai waktunya, kebanyakan ibu bapa mendodoi atau menyusukan anak supaya dia terlena. Membentuk rutin tidur adalah tindakan baik.
# Elakkan bayi terlena dalam dakapan anda kerana jika terbiasa, bayi menganggap mereka perlu didakap jika mahu menyuruh mereka tidur.
# Apabila terjaga, bayi mungkin tidak boleh tidur balik dengan sendiri dan memerlukan bantuan anda untuk menidurkan mereka semula.
# Pakar menyarankan supaya membiarkan bayi mengantuk dalam dakapan dan pindahkan ke katil ketika mereka masih terjaga. Cara ini secara tidak langsung membolehkan bayi belajar untuk tidur sendiri.
# Selain itu, memainkan muzik lembut ketika bayi mengantuk boleh membantu membentuk rutin tidur si kecil.Ataupun boleh la mendendangkan zikir memuji kebesaran Allah..
# Ibu bapa boleh membentuk tidur malam yang baik dengan tidak memberi rangsangan ketika makan malam atau menukar lampin.
# Pada masa sama, malapkan cahaya lampu dan tahan keinginan untuk bercakap atau bermain dengan bayi.
Pages
ASSALAMMUALAIKUM Tips Dan Cara Penjagaan Anak Dan Info Semasa
Sunday, 17 April 2011
Others Link
Online Radio
Blog Archive
Total Pageviews
Followers
About Me
- Rizal
- Memberi Info Mengenai Perkara Am
Powered by Blogger.
0 comments:
Post a Comment