Pages

Thursday, 14 April 2011

Bahaya Botol Susu Plastik

Tanpa kita sedari dalam menyemai kasih sayang kepada anak-anak, memberikan makanan rutin harian kepada bayi, kita menggunakan sejenis bahan kimia yang boleh memudaratkan insan yang kita sayang. Terbaca di artikal bahawa bototl2 susu biasa yang kita gunakan dibuat dari bahan kimia.

Petikan Harian Metro 16/3/11

PUTRAJAYA: Mendapati bahaya Bisphenol A (BPA) boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekali gus mengganggu sistem fungsi tubuh, kerajaan memutuskan untuk mengharamkan penjualan botol susu mengandungi bahan terbabit berkuat kuasa 1 Mac 2012.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, keputusan pengharaman itu dibuat kerana tiada bukti saintifik menunjukkan botol susu polikarbonat mengandungi BPA selamat untuk digunakan.


Polikarbonat adalah bahan plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi manakala BPA ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar.



0 comments:

Post a Comment